Polis dibenarkan menahan reman empat lelaki yang ditahan kerana disyaki bertanggungjawab menyebabkan pencemaran bau di Rawang, hari ini.

Kebenaran itu diberikan kepada polis oleh hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Nurul Mardhiah Mohamed Redza.

Suspek terbabit, lapor BH Online, berusia di antara 50 hingga 60 tahun dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang kira-kira jam 9.45 pagi.

Mereka ditahan polis antara jam 11 malam hingga 12.30 tengah malam tadi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan selanjutnya.