Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua terlibat perlawanan bola sepak di Tawau perlu buat ujian Covid-19

Semua individu terlibat dalam perlawanan bola sepak di Padang Penjara Tawau dan Padang Stadium Majlis Perbandaran Tawau (MPT) baru-baru ini yang masih belum melakukan ujian Covid-19 perlu segera berbuat demikian.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata setakat tengah hari ini, kira-kira 100 individu hadir ke pusat saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Tawau di Kubota hari ini untuk ujian Covid-19 selepas diarahkan berbuat demikian semalam.

"Saringan diambil sejak lapan pagi tadi dan pusat saringan dibuka sehingga lima petang, individu yang terlibat berada di padang itu perlu tampil membuat saringan Covid-19," katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau mengeluarkan notis meminta agar semua pemain, penonton dan yang terlibat dalam pertandingan bola sepak sembilan sebelah pada 28, 29 Ogos dan 2 Sept di Padang Penjara Tawau serta 30 dan 31 Ogos di Padang Stadium MPT di sini, menjalani ujian Covid-19.

Notis itu turut menyarankan individu yang terlibat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 019-6053475 atau 016-4729314.

Gesaan supaya mereka tampil membuat saringan kesihatan itu susulan pengesanan kes baru melibatkan seorang pengadil perlawanan bola sepak itu, yang juga merupakan pegawai di Penjara Tawau, didapati positif Covid-19 semalam.

-Bernama

Lihat Komen
ADS