Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dengan kempen bermula secara rasmi, wajah presiden Warisan kini terpampang di seluruh Kota Kinabalu.

Paling popular wajah Shafie Apdal dengan tulisan unity (perpaduan) yang menggunakan warna-warna daripada bendera Sabah.

Sekali imbas, ia mirip poster "Hope" Barack Obama dalam kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 2008.

Bagi poster Shafie, ia direka oleh sekumpulan anak muda yang menamakan diri mereka Gerakan Perpaduan Sabah.

“Kami lihat video yang dikeluarkan Shafie pada 31 Ogos di Facebook, kami nampak mesej perpaduannya,” kata wakil kumpulan itu Jonathan Chin kepada Malaysiakini.

Berkata mereka tidak tahu sangat hal politik, Chin berkata dia dan kawan-kawannya terinspirasi dengan video itu dan merasakan Shafie sebagai pemimpin tepat buat Sabah.

Justeru, kata Chin, mereka mereka poster itu dan membuat lukisan mural di Kundasang - kira-kira dua jam memandu daripada Kota Kinabalu.

 Mereka kemudian membawa poster itu ketika memanjat Gunung Kinabalu dan menyelam di Semporna.

Imej itu kemudian menjadi popular.

Tanpa disedari, papan iklan di Kota Kinabalu mula memaparkan gambar rekaan mereka itu.

“Kami tak pernah sangka usaha kecil yang kami buat ini akan muncul di papan iklan dan menjdai tular.

“Kami ingat, paling kuat, akan bersebar di media sosial saja,” kata Chin.

Warisan tidak menghubungi mereka sebelum menggunakan imej itu.

Bagaimanapun, kata Chin, ia menang untuk kegunaan umum.

Sementara itu, Bercakap tentang rancangan masa depan Gerakan Perpaduan Sabah, Chin berkata mereka merancang sebuah acara melibatkan golongan muda.

“Kami mahu ketengahkan dan beri ruang kepada anak muda untuk suarakan pandangan mereka,” katanya.

 [Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS