Amaran hujan lebat di Sarawak, Sabah
Diterbitkan: Sep 14, 2020 4:18 PM
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan hujan lebat dijangka melibatkan beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song) sehingga esok.
Sementara di Sabah, hujan lebat dijangka sehingga Rabu ini di beberapa kawasan termasuk pedalaman Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat, dan Labuan.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.