Malaysiakini
BERITA

Gangguan bekalan air di 9 kawasan Kuala Langat, Sepang

Bernama

Diterbitkan

Sebanyak sembilan kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang, Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, susulan kejadian paip pecah berhampiran Bandar Sri Ehsan berdekatan Masjid KLIA semalam.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bekalan air telah ditutup pukul 1 pagi tadi, bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut yang dijangka siap pukul 5 petang ini.

Kawasan yang terlibat bagi wilayah Kuala Langat adalah Taman Langat Utama, Taman D’Menara, Taman Murnimas, RTB Bukit Changgang, Bandar Sri Ehsan, Taman Langat Murni, Bandar Mahkota dan Bandar Brooklands, manakala bagi wilayah Sepang melibatkan Estet SOPEC.

“Para pengguna dijangka menerima bekalan air pukul 8 malam ini secara berperingkat, berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, bantuan air melalui lori tangki ke kawasan terlibat telah digerakkan bagi membantu pengguna dan mereka yang ingin mendapatkan bantuan bekalan, boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di 15300.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja pembaikan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi di Facebook, Twitter dan Instagram, laman sesawang di www.airselangor.com dan juga aplikasi ‘Air Selangor’.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.