Malaysiakini
BERITA

Matrade lantik Mahmud Abbas, Irmohizam sebagai ahli lembaga

Bernama

Diterbitkan

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah melantik Datuk Mahmud Abbas dan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim sebagai ahli lembaga baharunya, berkuat kuasa 1 Sept, 2020.

MATRADE berkata Mahmud, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Brighton University, pada masa ini merupakan pengerusi Halal Development Corporation (HDC), dan mempunyai lebih 30 tahun pengalaman korporat, terutamanya dalam industri harta tanah.

"Beliau ialah ketua eksekutif Knowledge Economic City (KEC) sebuah syarikat pembangunan harta tanah penyenaraian awam di Madinah, Arab Saudi, dan juga merupakan pengarah urusan Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) selama tujuh tahun, sebelum menyertai KEC," katanya.

Sementara itu, Irmohizam adalah pengarah eksekutif World Trade Center Kuala Lumpur dan pada masa ini bertugas sebagai penasihat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan ahli Lembaga Universiti Teknologi MARA.

“Bagi pihak Lembaga MATRADE, kami sangat gembira dan mengalu-alukan pelantikan ini. Bersama-sama, mereka akan membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan kerana MATRADE akan terus meneroka kaedah baru untuk membantu pengeksport Malaysia dan meningkatkan eksport terutama pada masa yang mencabar ini,” kata pengerusi Tan Sri Dr Halim Mohammad dalam satu kenyataan hari ini.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.