Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
62 kes baru, jumlah kumulatif lepasi 10,000 - KKM
Diterbitkan:  Sep 16, 2020 4:55 PM
Dikemaskini: 10:38 AM

Kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini meningkat dengan 62 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Buat pertama kali, kes kumulatif melepasi lima angka di Malaysia.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,031 kes. 

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 668 kes," katanya pada suatu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, 61 kes daripada kes baru itu mendapat jangkitan dalam negara membabitkan 41 warganegara dan 20 bukan warganegara manakala satu kes import melibatkan seorang warganegara yang pulang dari India.

Sebanyak 59 kes baru adalah di Sabah melibatkan 48 kes daripada Kluster Benteng LD termasuk 20 bukan warganegara.

Jelasnya lagi, kes di Sabah itu turut melibatkan saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu (empat kes); saringan di Pintu Masuk Antarabangsa dari Semenanjung (tiga kes); saringan di Klinik Kesihatan Lahad Datu (dua kes); dan Kluster Pulau dan di Penjara Sandakan masing-masing satu kes.

“Kedah turut mencatatkan satu kes daripada Kluster Sungai dan Pulau Pinang dengan satu kes daripada saringan kontak rapat kepada kes ke-9,397 dan kes ke-9,459. 

"Beliau merupakan ahli keluarga kepada kedua-dua kes itu dan kesemua mereka duduk serumah,” katanya.

Kedah dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan satu kes.

Sementara itu, 15 kes positif dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiga pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

26 kes pulih dicatatkan hari ini, tiada pertambahan kematian, dengan jumlah korban kekal seramai 128 orang.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS