Gempa bumi lemah gegar Beluran, Sabah
Diterbitkan: Sep 16, 2020 8:28 PM
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah pada 6.55 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 42 km Tenggara dari Pitas.
Gegaran mungkin dirasai di sekitar Beluran.
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.