Malaysiakini
BERITA

Kontak rapat mangsa kemalangan maut dikesan positif Covid-19

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Sep 2020, 2:00 tengahari

Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau sedang mengenal pasti semua individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa kemalangan maut di Jalan Chong Thien Vun, di Tawau pada Sabtu, selepas wanita itu disahkan positif Covid-19.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata wanita berusia 75 tahun itu maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran kawasan perumahannya.

"Ketika ini, kami sedang mengesan semua kontak rapat mangsa bagi melakukan ujian saringan Covid-19, termasuk pegawai dan anggota polis yang mengendalikan kes, keluarga serta orang perseorangan yang membantu mengangkat mayat mangsa," katanya ketika dihubungi di Tawau, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan wanita itu maut dirempuh sebuah kereta di jalan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membeli makanan untuk sarapan pagi di premis makanan berhampiran.

Difahamkan wanita itu disahkan positif Covid-19 hari ini.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.