Lebih 200 banduan lari dari penjara Uganda
Diterbitkan: Sep 17, 2020 2:37 PM
GLOBAL | Sekurang-kurangnya 219 tahanan melarikan diri dari penjara di timur laut Uganda, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan media tempatan pada Khamis.
Banduan didakwa menanggalkan pakaian seragam penjara sebelum melarikan diri tanpa berpakaian.
Jurucakap tentera dalam satu kenyataan menyatakan setakat ini dua tahanan ditangkap manakala dua yang lain terbunuh.
Seorang pengawal dilaporkan dibunuh oleh tahanan, yang melarikan diri dengan 15 senapang.
Usaha sedang dijalankan untuk menangkap banduan yang melarikan diri, kata pegawai.
- Bernama

