Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan portal dalam bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya tersebut.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan, portal itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

"Kemudahan terbaharu ini diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah di samping menyebar luas mesej pendidikan pencegahan rasuah," jelasnya.

Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/.

- Bernama

Lihat Komen
ADS