Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
20 kes baru, korban kini cecah 130
Diterbitkan:  Sep 19, 2020 5:27 PM
Dikemaskini: 9:48 AM

Malaysia mencatatkan 20 lagi kes Covid-19 baru menjadikan kes aktif ketika ini sebanyak 722.

Setakat tengah hari tadi, satu lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu ialah 130.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media petang ini memaklumkan bahawa kes baru terdiri daripada tiga kes import dan 17 penularan tempatan.

Kedah (sembilan kes) dan Sabah (lapan kes) terus menyumbang kepada pertambahan kes baru.

Seramai 12 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 51 lagi kes baru pulih.

Jumlah keseluruha kes yang dicatatkan setakat ini ialah 10,167.

Kluster baru di Sabah

KKM juga memaklumkan bahawa satu lagi kluster baru dikenal pasti di Sabah yang digelar Kluster Bakau.

Kes indeks kluster ini adalah seorang wanita Filipina (iaitu kes ke-10145) yang merupakan kes kematian ke-129 yang telah dilaporkan pada 18 Sept.

Saringan kontak yang dijalankan mendapati dua lagi kes positif dikenal pasti.

Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Sehingga 19 September sejumlah 109 individu telah disaring, dengan tiga dikesan positif dan 106 individu menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

Kluster Sungai menyumbang lapan kes baru setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 73 kes.

Sehingga 19 Sept, sejumlah 23,935 individu telah disaring dalam kluster ini dengan 72 positif di Kedah, satu positif di Perlis.

Kluster Benteng LD di Sabah pula menyumbang satu daripada kes baru hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 551 kes.

Sehingga 19 Sept, sejumlah 7,985 individu telah disaring dalam kluster ini dan seramai 551 dikesan positif dengan 399 di Tawau, 151 di Lahad Datu, dan satu kes di Sandakan.

 


Lihat Komen
ADS