Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bung: Jika tak berperangai 'big boss', BN dan sekutu terajui Sabah 10 penggal

BN Sabah dan sekutunya dapat menerajui negeri ini sehingga sepuluh penggal sekali pun sekiranya wakil rakyat mereka mudah didekati dan tidak bersikap seperti "big boss" (bos besar).

Ketua BN Sabah Bung Moktar Radin berkata demikian dalam ceramah yang diadakan di DUN Pantai Dalit petang tadi sebagai tip kepada calon BN untuk mereka boleh terus berkuasa.

"Sebab itu saya kata dengan semua calon, saya buat pesan, sudah menang nanti, kita harus kembali kepad rakyat, sebab (kuasa) kita datang daripada rakyat, maka kita harus kembali kepada rakyat.

"Saya beri jaminan pada Adun kita, saya kata, kita di sini untuk melayan rakyat dan bukan untuk dilayan, itu janji-janji kita. Jangan kita jadi wakil rakyat macam sultan, jangan jadi wakil rakyat macam big boss, buat engagement, turun padang, jumpa rakyat, jumpa anak muda.

"Insya-Allah, kalau buat begitu, bukan kita kerajaan satu penggal, dua penggal, sepuluh penggal, bahkan buat beratus-ratus tahun, BN dan rakan-rakan lain akan terus disokong oleh rakyat," katanya.

"Bagi kami peluang, kesempatan untuk memimpin Sabah, kalau kami tidak baik sepak saja kami," tambahnya.

Sementara itu, Bung mengatakan pihak berkuasa telah bersetuju untuk melaksanakan manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang digelar Aku Janji.

"Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perdana Menteri telah bersetuju untuk (melaksanakan manifesto). Ini tidak membebankan atau terlalu ringan," katanya.

BN telah meletakkan 41 calon dengan Umno bertanding di 31 kerusi DUN, diikuti oleh PBRS (enam kerusi) dan MCA (empat kerusi).

Perikatan Nasional bertanding di 29 kerusi dengan 19 kerusi diberikan kepada Bersatu sementara Star dan SAPP bertanding masing-masing lapan kerusi dan dua kerusi.PBS bertanding di 22 kerusi DUN.

Lihat Komen
ADS