Pengundian awal: Cuaca pagi esok diramal baik - MetMalaysia
Diterbitkan: Sep 21, 2020 5:06 PM
PRN SABAH | Cuaca pada hari pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 esok (22 Sept) diramalkan baik secara keseluruhannya.
Bagaimanapun, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca diramalkan hujan di satu atau dua tempat di Sandakan dan Tawau pada sebelah pagi.
Hujan dan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang di satu atau dua bahagian di Labuan, Pantai Barat, pedalaman dan Kudat.
Pengundian awal esok melibatkan sejumlah 16,877 pengundi di 55 pusat yang akan dibuka pada 8 pagi.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.