Malaysiakini
BERITA

Vaksin Covid-19 mesti boleh diakses semua negara, kata PM

Bernama

Diterbitkan

Vaksin Covid-19 apabila ditemukan, mesti boleh diakses oleh semua negara dan orang ramai, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 badan itu, Muhyiddin berkata dalam aspek itu tidak sepatutnya ada sebarang bentuk diskriminasi.

“Kita perlu ingat oleh kerana Covid-19 tidak mendiskriminasi, respons kita juga sepatutnya begitu,” katanya.

Tambah Muhyiddin, virus berbahaya itu meragut banyak nyawa dan mendedahkan kapasiti sebenar dan keberkesanan sistem penjagaan kesihatan.

Dia berkata, ia juga memberikan impak yang sama besar terhadap sosioekonomi.

Ia merupakan penampilan sulung Muhyiddin pada UNGA selepas menjadi perdana menteri pada Mac tahun ini.

Mesyuarat berkenaan dijalankan secara maya disebabkan pandemik Covid-19 . Perdana menteri menyampaikan ucapan dari pejabatnya di Putrajaya.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan