Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM sampaikan perutusan khas jam 2.30 petang
Diterbitkan:  Sep 23, 2020 11:13 AM
Dikemaskini: 5:34 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadualkan akan menyampaikan perutusan khas pada jam 2.30 petang hari ini.

Menurut poster yang dikirimkan oleh pejabatnya, perutusan khas "Kita prihatin" itu akan disiarkan secara langsung.

Secara kebetulan, perutusan khas itu akan disampaikan perdana menteri selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbarnya untuk membuat "pengumuman penting" pada jam 12 tengah hari.

Menurut sumber yang dekat dengan Anggota Parlimen Port Dickson itu, Anwar memperoleh majoriti selesa di parlimen.

Lihat Komen
ADS