Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kerajaan baru disokong MP Melayu-Islam, bumiputera'
Diterbitkan:  Sep 23, 2020 1:14 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa dia telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada ahli-ahahli parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan yang baru.

Katanya, majoriti yang menyokonnya adalah ahli parlimen Melayu dan Islam.

“Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputera dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini.

“Kami tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktirafkan kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputera di samping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi dan mana-mana kerjaan memerlukan sekurang-kurang 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Diasak wartawan mengenai komposisi kerajaan baru yang didakwanya itu, Anwar enggan memberikan butirannya.

Dia memberikan alasan, perkembangan dan butiran perlu terlebih dahulu dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Susulan soalan bertubi-tubi wartawan, Anwar juga mengakui bahawa ahli parlimen yang telah menyatakan sokongan termasuk daripada Umno tetapi enggan mendedahkan sebarang butiran.

“Saya berjanji akan membentuk sebuah kerajaan dengan tatakelola berintegriti dan komited untuk menangani krisis yang melanda negara; menghentikan amalan rasuah dan membela nasib rakyat.

“Insyha-Allah saya akan tunaikan janji saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman dan adil untuk seluruh rakyatnya,” katanya.

Lihat Komen
ADS