Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM umum pakej BPN2.0 buat membantu B40, M40
Diterbitkan:  Sep 23, 2020 3:37 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan beberapa inisiatif dan bantuan tambahan khusus untuk rakyat Malaysia di bawah kerangka inisiatif tambahan khas melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0.

Pada sidang media khas hari ini perdana menteri menjelaskan, bantuan tambahan itu membabitkan golongan B40 yang berkeluarga dan bujang; M40 berkeluarga dan bujang; golongan pekerja negara dalam pelbagai bidang dan peniaga mikro dalam pelbagai bidang.

"Meskipun terdapat tanda-tanda pemulihan dalam pasaran kerja, kerajaan amat memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh majikan dan pekerja dalam fasa pemulihan ekonomi.

"Dalam pakej Pihatin dan Prihatin PKS Tambahan, kerajaan telah menyediakan sejumlah RM15.3 bilion bagi membiayai program subsidi upah atau wage subsidy kepada sehingga 3.3 juta orang pekerja.

"Sehingga 11 September 2020, seramai 2.63 juta orang pekerja dan lebih daripada 321, 000 majikan mendapat manfaat daripada pemberian subsidi upah ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM10.4 bilion," katanya.

Tambah Muhyiddin, permohonan untuk program subsidi upah adalah untuk tempoh enam bulan bermula 1 April 2020 dan terbuka kepada semua sektor.

Menurutnya, semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) kerajaan memperkenalkan program subsidi upah yang antara lain menyediakan bantuan bagi majikan tanpa mensyaratkan kehilangan hasil bagi syarikat kecil.

"Dengan peralihan kepada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan kebanyakan syarikat dapat beroperasi semula dan berniaga dengan giat.

"Permohonan untuk program subsidi upah akan berakhir pada 30 September 2020 namun kerajaan memahami dan prihatin terhadap majikan dan pekerja dalam sektor-sektor tertentu yang masih terjejas seperti sektor pelancongan.

"Dengan itu, kerajaan akan memperkenalkan program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas," jelasnya.

Lihat Komen
ADS