Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kenyataan Zahid bukti Muhyiddin hilang majoriti - Saifuddin

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini secara tidak langsung mengesahkan Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti.

"Kita tahu kerajaan Muhyiddin hanya mempunyai kelebihan tiga kerusi sahaja.

“Apabila Zahid sebut ramai ahli parlimen Umno dan BN sokong Presiden PKR Anwar Ibrahim, impaknya adalah Muhyiddin sudah hilang majoriti.

"Ayat dia sangat spesifik. Dia mengesahkan ramai ahli parlimen Umno dan BN sokong Anwar.

"Dia juga tidak halang mereka berbuat demikian," kata Saifuddin kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zahid yang memberitahu bahawa Umno tidak dapat halang sekiranya ahli parlimennya bertindak menyokong Anwar.

Dalam kenyataannya, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datok berkata dia dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen Umno dan BN yang telah menyatakan sokongan kepada Anwar.

Untuk rekod, Muhyiddin mempunyai sokongan 114 ahli parlimen di Dewan Rakyat, lebih tiga kerusi daripada majoriti mudah.

Lihat Komen
ADS