Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

PRN SABAH | Majlis makan malam bertemakan katak diadakan untuk meraih sokongan kepada calon PKR dan Warisan Plus di sebuah pusat penjaja di Kota Kinabalu, semalam.

Acara itu menyaksikan calon dan anggota parlimen memanggang sate katak sebagai simbolik menolak ahli politik yang melompat parti sehingga menyebabkan pilihan raya negeri Sabah ketika ini.

Kira-kira 150 anggota dan penyokong parti, kebanyakannya memakai kemeja-T yang menampilkan imej Ketua Menteri Shafie Apdal, melayani orang ramai dengan hidangan katak.

Calon Warisan Plus Kapayan Jannie Lasimbang, calon Likas Tan Lee Fatt dan calon PKR Api-Api Christina Liew turut hadir dan menyambut orang ramai.

Selain itu ialah anggota Parlimen Seputeh DAP Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin.

Dalam ucapannya, Kok berkata katak dapat diubah menjadi hidangan istimewa dan produk sampingan industri pelancongan.

"Bila Covid-19 habis dan pelancong kembali beberapa bulan dari sekarang, hidangan katak boleh dijadikan hidangan istimewa di Sabah dan ia dapat disajikan kepada pelancong antarabangsa.

"Kita juga boleh buat kuih katak dan biskut katak," katanya.

Dia meminta para pengundi di Sabah menyokong Warisan Plus dan PKR untuk memastikan mereka kembali berkuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga.

Tan memberitahu Malaysiakini bahawa acara itu dianjurkan oleh Chin Teck Ming, bekas ketua bahagian PBS Luyang yang baru-baru ini keluar parti.

Lihat Komen
ADS