Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Calon bebas lawan BN, PBS di Tandek mohon sertai Star
Diterbitkan:  Sep 25, 2020 12:07 AM
Dikemaskini: 4:07 PM

PRN SABAH | Menjelang hari pengundian, calon bebas DUN Tandek, Lasiah @ Anita Baranting telah memohon untuk menyertai Star.

Pada majlis di Kota Marudu hari ini, beliau menyeragkan borang permohonannya kepada Presiden Star Jeffrey Kitingan.

Tanpa mengira sama ada permohonan ke dalam STar diterima atau tidak, Baranting akan tetap menjadi calon bebas di atas kertas undi sesuai dengan butiran pencalonannya.

Sekiranya Star menerima beliau sebagai ahli, maka ini bermakna parti itu akan bertembung dengan komponen BN, PBRS dan PBS di Tandek.

Star, BN dan PBS merupakan sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah.

Dua hari lalu, PBS dan Star nampaknya seakan melakukan 'gencatan senjata' di mana PBS berjanji untuk tidak berkempen menentang calon parti Kitingan di dua kerusi.

Sebagai balasannya, Star pula memberi jaminan dua calon bebas akan menyokong PBS di dua kerusi lain.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas 'gencatan senjata', Star menerima calon bebas di Inanam dan kini bertembung dengan PBS di sana.

Tiga parti dalam dua tahun?

Pada PRU14, Baranting menang kerusi Tandek dengan tiket BN-PBS tetapi menyertai Warisan pada 2019.

Pada Julai lalu, beliau bergabung dengan bekas ketua menteri Musa Aman dalam rancangan rampasan kuasa yang gagal terhadap kerajaan Warisan.

Walaupun mempertahankan kerusi DUN Tandek, beliau tidak dipilih oleh mana-mana parti besar sebagai calon pilihan raya dan bertanding sebagai calon bebas sebelum memohon menyertai Star hari ini.

Selain Baranting, Star mengumumkan petang ini bahawa parti juga telah menerima 3,527 ahli baru yang sebelumnya dari Upko, PBS dan Warisan.

Jelas Star, hal ini menyebabkan pembubaran bahagian PBS dan Upko Tandek.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS