Paling Popular
Terkini

Ahli Parlimen Besut Idris Jusoh menafikan dia adalah salah seorang ahli parlimen BN yang menyokong pembentukan kerajaan baru di bawah Anwar Ibrahim seperti yang tular semalam.

Idris berkata dia tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan menyokong presiden PKR itu.

“Saya menafikan dakwaan satu portal yang meletakkan nama saya sebagai salah seorang ahli parlimen BN yang menyokong Datuk Seri Anwar.

"Saya tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Datuk Seri Anwar,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Idris merupakan antara 19 nama ahli parlimen Umno yang tersenarai dalam mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp semalam dan didakwa mereka menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.

- Bernama

Lihat Komen
ADS