Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Calon BN Pitas positif Covid-19
Diterbitkan:  Sep 26, 2020 1:53 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

PRN SABAH | Calon BN bagi DUN Pitas, Sufian Abd Karim mengesahkan dia positif wabak Covid-19.

Dalam hantaran di Facebook, Sufian memohon maaf kepada pengundi, petugas, jentera, rakan dan keluarga yang banyak membantunya ketika kempen atas perkara itu.

“Saya, Sufian Abd Karim, calon BN bagi N03 DUN Pitas baru saja mendapat keputusan ujian covid19 dan telah disahkan positif.

“Doakan semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan diberi kesembuhan yang segera.

"Mohon kepada semua yang pernah bersama saya mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya dengan membuat saringan," katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii disahkan positif dalam tempoh kempen PRN, membuatkan pihak yang mempunyai kontak rapat dengannya dikehendaki membuat saringan.

Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan kemudiannya turut disahkan positif Covid-19 sebaik pulang dari Sabah.

Antara yang diminta menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat Razlan pula termasuklah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN Annuar Musa.

Antara yang turut dilihat berkempen bersamanya adalah Menteri Luar Hishammuddin Hussein, Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Menteri Besar Johor Hasni Mohammad.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Calon...

Posted by Sufian Abdul Karim on Ahad, 20 September 2020

Hishammuddin, Bung dan Zahid dilihat memakai pelitup muka ketika bersamannya, manakala yang lain tidak.

Asyraf juga dilihat bersama-sama Sufian bermain bola sepak dengan penduduk tempatan.

Selain itu, Sufian juga dilihat merendahkan pelitup mukanya ketika berkunjung ke rumah penduduk tempatan, selain bersalam dengan mereka.

Kawasan N03 Pitas menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Sufian dengan calon Warisan, Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (Usno) dan calon bebas.

Setakat 12 tengah hari tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan 41 peratus pengundi telah membuang undi, dan proses undian dijangka ditutup jam 5 petang ini. 

Lihat Komen
ADS