Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Keputusan tak rasmi PRN Sabah: GRS di ambang kemenangan
Diterbitkan:  Sep 26, 2020 6:15 PM
Dikemaskini: 12:51 PM

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin hampir berhasil merampas kerajaan negeri Sabah dari Warisan.

Berdasarkan pengiraan Malaysiakini, GRS telah memenangi 28 kerusi dan dijangka akan mendapat lebih banyak lagi.

Kemenangan GRS kemungkinan disumbangkan sebahagian besarnya oleh Umno yang merampas semula kerusi daripada Warisan dan Star.

Malaysiakini menyediakan liputan langsung keputusan di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Klik di sini untuk mengikuti laporan langsung kami.

Pengundian untuk pilihan raya negeri berakhir pada pukul lima petang tadi.

Pemilihan Sabah diadakan susulan bekas ketua menteri Musa Aman mengumumkan pada Julai bahawa dia mempunyai sokongan majoriti Adun untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Namun, ‘kudeta’ itu digagalkan oleh Shafie, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Negeri Juhar Mahiruddin, membubarkan dewan undangan negeri, membuka jalan untuk pililihan raya negeri.

Lihat Komen
ADS