Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Warisan, bukan Umno menang di Sekong
Diterbitkan:  Sep 26, 2020 10:20 PM
Dikemaskini: 2:55 PM

Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan bahawa Cikgu Alias Sani dari Warisan sebagai pemenang bagi kerusi Sekong.

Sebelum ini, Malaysiakini membuat kesilapan dengan melaporkan Hazulizah Mohd Dani dari BN-Umno sebagai pemenang.

Alias mendapat 5,937 undi berbanding Hazulizah (BN-Umno) yang mendapat 4,338 undi. Majoriti yang diperolehi adalah 1,599 undi.

Empat calon lain hilang wang pertaruhan mereka.

Ketika ini, kiraan tidak rasmi menunjukkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah telah memenangi 36 kerusi. Hanya satu kerusi sahaja yang diperlukan sebelum Perikatan Nasional / BN boleh diumumkan sebagai pemenang pilihan raya negeri ini.




























Lihat Komen
ADS