Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Christina Liew wakil tunggal PKR?
Diterbitkan:  Sep 26, 2020 10:53 PM
Dikemaskini: 2:53 PM

Setakat ini, PKR yang bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hanya berjaya mempertahankan kerusi Api-Api.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew yang berdepan saingan sembilan penjuru berjaya mempertahankan kerusinya dengan 7,796 undi. Dia menang dengan majoriti 5,347 undi.

Liew, yang juga adalah bekas timbalan ketua menteri Sabah, diekori rapat oleh Dr Yee Moh Chai dari PBS.

Kerusi lain yang ditandingi oleh PKR adalah Sook, Klias, Matunggong, Inanam dan Tempasuk.

Lihat Komen
ADS