Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Jalan Palestin di tengah-tengah Kuala Lumpur
Diterbitkan:  Sep 27, 2020 3:31 PM
â‹…
Dikemaskini: 8:06 AM

Sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin, nama Jalan Raja Laut 1 yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur kini dinamakan sebagai Jalan Palestin.

Perkara itu dinyatakan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam satu hantaran Facebook hari ini.

"Proses untuk mengenal pasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin telah mengambil masa yang agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan juga perlu melalui prosedur yang ditetapkan.

"Pengisytiharan nama Jalan Palestin ini adalah berkuat kuasa mulai 26 September 2020," kata kementerian itu.

Menurut kementerian itu lagi, idea penukaran nama jalan berkenaan tercetus ketika acara Himpunan Hari Al-Quds sedunia yang berlangsung pada Mei tahun lalu.

Majlis perasmian pertukaran nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham A Dahlan yang berlangsung di Menara DBKL, semalam.

Turut menyertai perasmian itu adalah Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Gambar perasmian jalan tersebut turut dikongsi oleh laman Facebok Viva Palestina Malaysia.

Menurut laman Facebook itu, langkah itu dapat memperluas hubungan dua hala antara dua negara dan menegaskan sokongan rakyat Malaysia terhadap Palestin.

26 September 2020 Today in history in Kuala Lumpur city center, Malaysia. 🇵🇸 🇲🇾 The Mayor of Kuala Lumpur and The...

Posted by Viva Palestina Malaysia on Jumaat, 25 September 2020

 

Lihat Komen
ADS