Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
15 kes baru di 5 negeri di semenanjung dikesan dari Sabah
Diterbitkan:  Sep 27, 2020 8:55 PM
Dikemaskini: Sep 28, 2020 2:47 AM

Sekurang-kurangnya 15 kes Covid-19 baru di lima negeri dan wilayah di Semenanjung Malaysia dikesan melibatkan individu yang pulang dari Sabah, yang kini menjadi pusat baru wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan, mengatakan bahawa negeri-negeri dengan kes baru Covid-19 yang dikesan melibatkan individu pulang dari Sabah adalah Selangor, Pahang, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan telah mewajibkan ujian Covid-19 untuk individu yang pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah.

Perkembangan itu hadir selepas pilihan raya Sabah berakhir semalam.

Dari 15 kes yang dikesan melalui pemeriksaan terhadap individu yang pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah, lapan dikesan di Selangor, tiga di Pahang, dua di Johor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Melaka.

15 kes itu adalah antara 150 kes Covid-19 baru yang dilaporkan hari ini.

Sabah mencatatkan 124 kes baru hari ini.

Semasa kempen pilihan raya Sabah, beberapa tokoh berprofil tinggi sudah dijangkiti Covid-19 termasuk seorang calon pilihan raya.

Calon BN untuk Pitas, Sufian Abd Karim, yang tewas kepada calon bebas Ruddy Awah, disahkan dijangkiti Covid-19 semalam.

Anggota majlis tertinggi Umno Mohd Razlan Rafii dan ketua penerangan Umno Shahril Hamdan juga dijangkiti Covid-19.

Ahli politik terkemuka termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki juga menjalani kuarantin rumah setelah mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

 

Lihat Komen
ADS