Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Covid-19 dikesan di lima pusat beli belah dalam tempoh 2 minggu
Diterbitkan:  Sep 28, 2020 8:36 AM
Dikemaskini: 4:18 AM

Baru-baru ini kes Covid-19 telah dikesan di beberapa pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.

Dalam 10 hari lalu, beberapa kes dikesan sekurang-kurangnya di lima pusat membeli-belah, empat di Kuala Lumpur dan satu di Selangor.

Sebilangan besar kes tidak menjejaskan keseluruhan pusat beli-belah berkenaan sebaliknya hanya premis tertentu.

Bagaimanapun pusat beli-belah berkenaan telah mengambil tindakan sewajarnya, seperti proses disinfeksi sebagai langkah pencegahan.

Berikut adalah senarai insiden berkaitan pusat beli-belah terbabit dalam 10 hari lalu:

The Linc KL

Pada 24 Sept, pihak pengurusan The Linc KL memamklumkan ibu bapa seorang peserta di pusat jagaan kanak-kanak di pusat membeli-belah berkenaan telah diuji positif Covid-19.

Kanak-kanak tersebut telah menghadiri program setengah hari di Trinity Kids pada 17 Sept.

"Kami telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk mengelakkan risiko terdedah kepada pelanggan, kakitangan dan penyewa kami.

"Tindakan segera meliputi pembasmian kuman dari semua kawasan umum di The Linc KL oleh syarikat pembasmi kuman profesional," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam satu kemas kini, pada hari itu, pihak pengurusan pusat membeli-belah berkenaan mengatakan guru yang mungkin merupakan kontak generasi kedua dengan pesakit Covid-19 terbabit telah diuji negatif.

Bagaimanapun mereka tetap akan meningkatkan langkah pencegahan.

𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗯𝘆 𝘁𝗵𝗲 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗴𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 𝗼𝗳 𝗧𝗵𝗲 𝗟𝗜𝗡𝗖 𝗞𝗟 Following the recent reported case, Trinity Kids has taken proactive...

Posted by The LINC KL on Thursday, 24 September 2020

Suria KLCC

Pada 25 Sept, Babel, gim eksklusif yang terletak di Suria KLCC, memberitahu bahawa salah seorang ahlinya telah dikesan positif Covid-19.

Dikatakan ahli gim berkenaan telah melakukan beberapa perjalanan, termasuk ke zon berisiko tinggi dan diuji positif Covid-19 pada 23 Sept.

Individu berkenaan pernah datang ke gim Babel cawangan KLCC sebanyak empat kali dan juga dua kali di cawangan Taman Tun Dr Ismail antara 9 dan 17 Sept.

Dalam kemas kini pada 27 Sept, gym berkenaan melaporkan semua ahli dan kakitangan yang merupakan kontak dengan pesakit Covid-19 itu telah menjalani ujian swab dan keputusannya negatif.

Berikutan kejadian itu, pihak gym mengatakan bahawa mereka telah mewajibkan mengisi borang pengisytiharan perjalanan.

Pihak pengurusan Suria KLCC juga mengatakan telah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh di gimnasium dan kawasan berdekatan.

Suria KLCC management would like to confirm a positive Covid-19 case dated 23 September 2020 involving a member of Babel...

Posted by Suria KLCC on Saturday, 26 September 2020

NU Sentral

Pada 27 Sept, pengurusan Nu Sentral memberitahu salah seorang pekerjanya disahkan positif Covid-19 sehari sebelumnya.

Pusat membeli belah itu berkata semua kakitangan lain yang berhubungan dengan pesakit Covid-19 itu juga telah menjalani ujian Covid-19 pada hari yang sama dan dikesan negatif.

Bagaimanapun, semua pekerja masih perlu mengasingkan diri selama 14 hari. NU Sentral juga meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes ini adalah kes terpencil.

"Kami bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan mengenai tindakan susulan selanjutnya yang mungkin diperlukan.

"Sebagai langkah pencegahan, Pusat Beli-belah NU Sentral telah melakukan kerja pembersihan menyeluruh di seluruh kawasan pusat membeli-belah sesuai dengan Garis

Panduan Keselamatan dan Kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 26 Sept," katanya.

PUBLIC ADVISORY - NU SENTRAL SHOPPING CENTRE MANAGEMENT STAFF REPORTED POSITIVE COVID-19 The NU Sentral Management...

Posted by NU Sentral on Saturday, 26 September 2020

L Gateway Mall

Pada 25 September, pihak pengurusan KL Gateway Mall memaklumkan terdapat kes Covid-19 yang disyaki berlaku di Menara Suezcap 1.

Walaupun kejadian itu tidak berlaku di pusat membeli-belah itu sendiri, bangunan menara pejabat tersebut dihubungkan dengan pusat beli-belah berkenaan.

Dalam kemas kini semalam, pihak pengurusan mengatakan pekerja di Menara Suezcap 1, yang bersentuhan dengan pesakit Covid-19 yang kembali dari Sabah, disahkan negatif.

"Bagaimanapun, pejabat tertentu akan ditutup sementara sehingga diberitahu kelak.

"Pusat membeli-belah ini akan meneruskan semua proses pembersihan dan pembasmian kuman secara rutin kerana keselamatan dan kesejahteraan anda adalah keutamaan kami," katanya.

Sunway Pyramid

Pada 25 September, pihak pengurusan Sunway Pyramid Mall memberitahu bahawa ia dimaklumkan seorang kakitangan di sebuah kedai Nike di pusat membeli-belah tersebut didapati positif Covid-19.

"Pengurusan pusat membeli belah mendapatkan rekod daftar masuk kakitangan Nike melalui MySejahtera dan mengesahkan bahawa kakitangan Nike itu hanya datang bekerja pada 22 dan 23 Sept.

"Kakitangan Nike itu juga tidak mengunjungi kedai-kedai lain di pusat membeli-belah tersebut, kecuali satu kedai serbaneka.

"Pihak pengurusan menghubungi pengusaha kedai serbaneka tersebut untuk memberitahu mereka mengenai kes itu dan kerja pembersihan segera dilakukan," katanya, sambil menambah kakitangan kedai itu juga telah menjalani ujian.

Summary of events - Covid-19 case 25/9 Friday 1. Sunway Pyramid Mall Management was made aware verbally by Nike outlet...

Posted by Sunway Pyramid on Saturday, 26 September 2020

 

Lihat Komen
ADS