Gempa bumi lemah di Lahad Datu
Diterbitkan: Sep 28, 2020 8:41 AM
Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter dikesan berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 11.10 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
Pusat gempa bumi itu terletak 28 kilometer timur Lahad Datu dan pada kedalaman sembilan kilometer.
Kejadian itu bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami, menurut jabatan itu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.