Malaysiakini
BERITA

Hajiji mampu pimpin Sabah - Musa Aman

Diterbitkan

Ketua Menteri Sabah baharu Datuk Hajiji Mohd Noor berkemampuan memimpin Sabah dan membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan kepada rakyat dan pembangunan negeri pada masa hadapan, kata bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Hajiji, Musa berkata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu bukan sahaja seorang individu penyayang, tetapi juga pemimpin yang tegas dan mampu membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Saya sudah lama mengenali Hajiji, telah berkhidmat sebagai menteri Kabinet (negeri) selama bertahun-tahun di bawah pentadbiran saya sebagai Ketua Menteri.

“Beliau selalu memberikan komitmen penuh dan profesionalisme terhadap pekerjaannya pada masa itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hajiji, 65, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang Dipertua Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di Kota Kinabalu pagi tadi.

Pelantikannya dibuat selepas gabungan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkumi PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi majoriti mudah dengan 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri Sabtu lepas.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.