Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gangguan bekalan air di 29 kawasan di Petaling

Dua puluh sembilan kawasan di daerah Petaling, Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 11 malam ini susulan kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan air akan ditutup bagi kerja-kerja pembaikan paip pecah terbabit yang dijangka siap pada 5 pagi esok dan bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada 8 pagi.

“Kawasan terjejas melibatkan Bandar Kinrara 1, 2, 3, 4, 5 dan 9, Jalan Puchong Batu 7 hingga Jalan Puchong Batu 13, Kampung Bohol, Jalan Kenari, PJS 1 hingga PJS 11, Kampung Lembah Kinrara dan Puchong Mesra.

“Turut terjejas kawasan Sirim, Taman Bukit Kuchai, Taman Kinrara, Puchong Indah, Taman Puchong Permai dan Taman Perindustrian 7,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Elina berkata perkembangan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram serta aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

- Bernama

Lihat Komen
ADS