Dagangan di Bursa Tokyo digantung sebab masalah sistem
Diterbitkan: Oct 1, 2020 10:51 AM
GLOBAL | Perdagangan semua saham yang tersenarai di Bursa Tokyo pada Khamis pagi dan bursa lain di Jepun digantung kerana masalah sistem, lapor agensi berita Xinhua, memetik Japan Exchange Group Inc.
Bursa Tokyo berkata masalah sistem itu dikesan ketika menghantar data dan menerima pesanan perdagangan, tidak dapat dipastikan bila operasi dapat disambung semula.
Turut terjejas perdagangan luar bursa Tokyo termasuk di bursa di Sapporo, Nagoya dan Fukuoka.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.