UUM ditutup lepas pelajar positif Covid-19
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghentikan semua kelas dan aktiviti setelah pelajarnya positif Covid-19.
Menurut Berita Harian, pelajar itu kembali dari Sabah pada 20 September, sebelum pemeriksaan wajib bagi kedatangan dari Sabah dilaksanakan.
Naib Canselor Aghmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pelajar itu kembali ke kampus baru-baru ini untuk menjalani latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).
Menurutnya, hanya sebilangan kecil peserta yang terlibat dalam latihan itu.
Universiti lain yang menghentikan semua aktiviti adalah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang mengumumkan semalam bahawa salah seorang kakitangannya positif Covid-19.
Gelombang terbaru wabak Covid-19 menjejaskan pelajar yang sepatutnya memulakan minggu orientasi atau menyambung pelajaran di kampus di universiti awam pada 3 Oktober.
Universiti ditutup sejak Mac, sementara sekolah dibuka semula pada Julai lalu.
Buat masa ini, dasar kerajaan adalah hanya menutup sekolah sekiranya berlaku kes Covid-19 yang disahkan.

