Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
432 kes baru Covid-19 hari ini
Diterbitkan:  Oct 5, 2020 5:24 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

  • Dikemas kini dengan maklumat tambahan.

Sebanyak 432 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikannya angka paling tinggi pernah dicatat sejak wabak itu melanda Malaysia.

Kedah dan Sabah terus mencacatkan kes baru terbanyak dengan masing-masing 231 dan 130 kes.

Ini diikuti oleh Selangor (34), Kuala Lumpur (7) dan Terengganu (5).

Kecuali Perlis dan Pulau Pinang, setiap negeri mencacatkan kes baru.

Jumlah kes aktif semasa sebanyak 2,336 kes.

Perkara itu diumumkan Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini:

Jumlah discaj baru: 57
Jumlah kumulatif discaj: 10340 (80.7%)
Jumlah kes baru: 432
Jumlah kumulatif: 12813
Jumlah kes aktif: 2336
Kes tempatan:429 (409 WN, 20 BWN)
Kes import: 3 (2 WN, 1 BWN)
Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 137 (1.07%)
Jumlah kes di ICU: 32
Pesakit intubated: 8

 

Lihat Komen
ADS