Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes Covid-19 akan terus meningkat dalam masa terdekat
Diterbitkan:  Oct 6, 2020 7:37 PM
Dikemaskini: 12:41 PM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjangkakan penularan wabak Covid-19 akan terus meningkat dalam waktu terdekat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan ujian saringan secara lebih agresif.

"Saya jangkakan kes-kes Covid19 akan meningkat dalam waktu terdekat. Ini kerana pihak Kementerian Kesihatan sedang menjalankan ujian saringan secara lebih agresif, termasuk di penjara dan pusat-pusat tahanan.

"Sejak beberapa minggu yang lalu, kes-kes positif dalam kalangan tahanan di penjara menyumbang kepada sebahagian besar peningkatan jumlah pesakit Covid-19 di negara kita," katanya dalam perutusan khas situasi semasa Covid-19 hari ini.

Untuk rekod, negara sedang menghadapi gelombang ketiga wabak Covid-19 selepas mencatat jumlah kes harian paling tinggi sejak empat hari berturut-turut.

'Abah nak rotan pelanggar SOP'

Sebanyak 691 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini merupakan paling tinggi sejak penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, Muhyiddin juga secara berseloroh berkata akan mula menggunakan rotan terhadap pihak yang melanggar undang-undang berkaitan SOP Covid-19.

"Yang amat dikehendaki pada masa ini ialah kita semua mesti patuh kepada SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

"Petugas barisan hadapan dari agensi-agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat-tempat awam untuk memastikan pematuhan.

"Jika ada yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat.

"Maaflah jika abah ini mula menggunakan rotan," katanya.

Untuk rekod, panggilan 'abah' (ayah, bapa) sering digunakan penyokong PN dan Bersatu untuk merujuk Muhyiddin.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS