Amaran Covid-19 buat penumpang bas KLIA2-Nilai Sentral pada 30 Sept
Diterbitkan: Oct 8, 2020 11:16 AM
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah mengeluarkan amaran Covid-19 untuk penumpang yang menaiki bas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Nilai Sentral pada 30 September.
Menurut makluman, bas myBAS dengan plat nombor NDH2259, berlepas dari Platform B10, KLIA2 pada jam 9 malam.
Penumpang diminta menghubungi bilik operasi Covid-19 Pejabat Kesihatan Seremban di talian 06-7634809.
Negeri Sembilan kini mempunyai 18 kes aktif sehingga semalam.
Negara menyaksikan lonjakan kes Covid-19 baru.
Terdapat 1,612 kes baru dilaporkan sejak Isnin, kebanyakannya di Sabah dan Kedah.
NOTA EDITOR: Versi awal artikel ini menggunakan gambar myBAS yang juga mempunyai logo Maraliner. Kesilapan ini dikesali.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.