Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PKPB di Klang hanya libatkan mukim Klang - Ismail Sabri
Diterbitkan:  Oct 8, 2020 5:04 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan di Selangor  mulai tengah malam ini hanya melibatkan mukim Klang dan bukan kawasan lain seperti Pelabuhan Klang dan Kapar, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

"Saya sudah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Besar Selangor iaitu PKPB Klang adalah di mukim Klang, tidak termasuk Kapar yang berada dalam daerah Klang.

"Kita sentiasa berhubung dengan kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor dari segi lokaliti dan sebagainya," katanya pada sidang media maya di Facebook Kementerian Pertahanan dari rumahnya hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan persekutuan masih berbincang dengan kerajaan negeri Selangor mengenai kawasan dan lokaliti yang terlibat. Katanya, perkara lain berkaitan PKPB akan dimaklumkan dalam masa ke semasa.

Dia berkata mesyuarat juga bersetuju membenarkan Pelabuhan Klang beroperasi seperti biasa, manakala aktiviti ekonomi juga dibenarkan beroperasi mengikut masa yang ditetapkan.

“Pasar borong, beroperasi bermula 4 pagi sehingga 2 petang; pasar biasa bermula 6 pagi hingga 2 petang; pasar tani, 6 pagi hingga 12 tengah hari; manakala operasi pasar malam adalah tidak dibenarkan.

“Kedai-kedai makan, gerai dan warung juga boleh dibuka tetapi terhad dari jam 6 pagi sehingga 10 malam dan hanya untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away sahaja,” katanya.

Ismail Sabri berkata, senarai lebih terperinci kegiatan ekonomi yang dibenarkan dan dilarang, akan diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam masa terdekat.

Bagi pengangkutan awam seperti bas, teksi termasuk e-hailing pula, hanya dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi sehingga 12 malam, katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Okt susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Selain itu Ismail Sabri berkata, bank dan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan zon merah dan PKPB, boleh beroperasi seperti biasa.


Lihat Komen
ADS