Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KM Sabah positif Covid-19, masuk hospital - Pegawai
Diterbitkan:  Oct 9, 2020 11:18 PM
Dikemaskini: 3:44 PM

Ketua Menteri Sabah Hajiji Mohd Noor postif Covid-19 dan kini mendapat rawatan di Queen Elizabeth Hospital (QEH) di Kota Kinabalu, maklum Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh.

"Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

"Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, kini sedang menjalani rawatan di Queen Elizabeth Hospital (QEH) bagi rawatan seterusnya," katanya pada satu kenyataan malam ini.

Jelasnya, keadaan kesihatan Hajiji yang berusia 65 tahun "baik dan stabil."

"Walaupun sedang menjalani rawatan, YAB masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video (video conferencing). Kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

"YAB mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Allah SWT sembuhkan dan selamatkan Sabah dan Malaysia daripada Covid-19," katanya lagi.

Terdahulu hari ini, dilaporkan Menteri Kewangan II Sabah Masidi Manjun menafikan Hajiji dan isterinya Julia Salag positif Covid-19 dimasukkan ke hospital.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong, dalam satu kenyataan memaklumkan Hajiji akan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu setelah terdedah kepada individu positif Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS