Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hanya Syed Saddiq dan 12 yang lain pengasas parti Muda
Diterbitkan:  Oct 11, 2020 11:31 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Hanya ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta 12 yang lain sahaja merupakan pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Dalam satu kenyataan di Twiter semalam, Muda memberikan penjelasan bahawa buat masa ini, hanya ada 13 pengasas bersama parti itu dan pihak media digalakkan untuk berhubung langsung dengan individu dinamakan sekiranya ada sebarang pertanyaan.

Selain Syed Saddiq, mereka ialah campuran profesional muda dan aktivis iaitu, Afiqah Zulfili, Amir Abd Hadi, Dr Mathen Nair, Dr Teo Lee Ken, Dr Thanussha F Xavier, Lim Wei Jiet, Luqman Long, Mutalib Uthman, Radzi Tajuddin, Sharizal Denci, Siti Rahayu Baharin dan Tarmizi Anuwar.

“Mereka merupakan wakil parti dan Muda menyarankan pihak media agar menghubungi mereka sekiranya ada soalan berbangkit.

“Muda juga digerakkan barisan sukarelawan yang bersama membangunkan siri-siri jelajah dan libat urus melalui kapasiti tidak rasmi”.

Syed Saddiq sebelum ini dipecat dari Bersatu pada Mei bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin lain.

Dr Mahathir dan penyokongnya kemudiannya menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air.

Syed Saddiq bagaimanapun tidak menyertai Pejuang dan sebaliknya menubuhkan Muda pada 17 Sept.

“Muda juga ingin memaklumkan bahawa apabila Muda telah menerima pendaftaran rasmi, kami akan berusaha untuk mengembangkan senarai keahlian awal supaya menggambarkan kepelbagaian rakyat Malaysia,” tambah Muda.

Syed Saddiq berkata parti barunya itu mencontohi parti presiden Perancis, La Republique En Marche! serta parti Future Forward di Thailand, dan parti barunya akan menjadi parti berasaskan orang muda dan pelbagai kaum.

Lihat Komen
ADS