Kemungkinan besar, virus mutasi dah merebak di Semenanjung
Virus mutasi Covid-19 yang dikenali sebagai D614G telah dikesan antara kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Melihat lebih 600 kes positif dikesan ke atas mereka yang pulang dari Sabah, Noor Hisham mengesyaki virus mutasi itu kini telah merebak di Semenanjung.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 yang disiar secara langsung di rumahnya kerana sedang menjalani perintah kuarantin diri.
“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian pada 20 virus yang diasingkan daripada Kluster Benteng LD di Sabah.
“Dan didapati pada ujian tersebut mutasi D614G telah pun dikesan,” katanya dengan menambah kemungkinan mutasi itu berasal dari Indonesia atau Filipina.
"Yang pasti sekarang ini sebab sudah 23 kluster baru yang melibatkan 604 individu yang pulang dari negeri Sabah juga didapati positif Covid-19.
“Kemungkinan besar (mereka) membawa jangkitan mutasi D614G (keluar dari Sabah),” jelas Noor HIsham.
Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkata jenis mutasi D614G kali ini berbeza dengan mutasi virus di Tawau, Sungai, Bukit Tiram dan Kluster Sivagangga.
Dua warga Filipina yang disahkan positif Covid-19 pada 1 Sept telah mencetuskan Kluster Benteng LD.
Sehingga hari ini, kluster tersebut merekodkan sejumlah 1,018 kes yang mana 230 kes masih aktif dan menerima rawatan. Ia juga telah merekodkan satu kematian.
Susulan kempen pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang berlangsung dua minggu dari 21 hingga 25 Sept lalu, negara merekodkan peningkatan mendadak wabak tersebut terutamanya di Sabah, Kedah dan Lembah Klang.
Malaysia juga kini mempunyai 75 kluster aktif, empat kluster baru dilaporkan hari ini.
Keadaan turut juga membuatkan kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
Rakyat di negara ini masih bodoh-bodoh sampai bilakah? Nyawa kita diperjudi oleh permainan puak parti UMNO, BERSATU dan PAS (parasit saja) kenapa? Sesudah beri mandat kita, mereka pula melompat ke puak lawannya dan abaikan kepercayaan yang diberikan kepada mereka. Nyawa kita senilai ikan kembungkah? Nyawa mereka malaikatkah? Undi kitalah yang memberi jalan pembukaan kepada ahli2 politik memulakan permainan untuk menjaga periuk mereka sendiri BUKAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT!!! Dengarlah baik2 semua pembaca, UMNO bercakap BOHONG mengatakan perbuatan mereka adalah untuk kebaikan rakyat, kestabilan ekonomi negara padahal mereka merebut2 kuasa ingatkan negara ini milik mutlak UMNO yang sudah lama ditadbir 60 tahun susah baginya melihat orang lain ambilalih secara tiba-tiba melalui undian kita. Yang membawa masalah kepada rakyat marhean ialah ahli-ahli UMNO dan bekas ahli UMNO (Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Najib) INGATLAH, MALAYSIA milik kita semua, kitalah yang berkuasa suruh ahli2 politik buat kerja untuk kita, bukan untuk mereka. Jangan biarkan mereka gunakan nama RAKYAT untuk mengaut kekayaan negara kita ke dalam akaun peribadi masing2.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.