Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penentangan terbuka dalam Umno terhadap Muhyiddin

Umno sebagai sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak beberapa bulan lalu menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap Bersatu yang dikatakan cuba mengetepikan parti itu.

Beberapa ahli parlimen Umno yang dikhabarkan menyokong pembangkang sehingga mengancam kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat, berulang kali menafikan rancangan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan Biro Politik Umno pada 13 Okt yang menyatakan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada kerajaan PN dan mahukan syarat baru ditetapkan menyebabkan situasi menjadi semakin rumit.

Ini merupakan isyarat rasa tidak puas hati para pemimpin Umno dan beberapa  pimpinannya kini secara terbuka mengkritik kepimpinan Muhyiddin.

Kenyataan Biro Politik berkenaan masih belum dipersetujui majlis tertinggi parti setakat ini, menunjukkan bahawa tidak semua pemimpin Umno mahukan pertembungan dengan Muhyiddin.

Bagi penyokong kerajaan PN, mereka kini sedang berusaha untuk menyelamatkannya. 

Antara penyokongnya ialah Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, yang pada bulan Mac lalu digantikan sebagai setiausaha agung Umno.

Ahmad Maslan, yang menggantikan tempat Annuar bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan biro politik tersebut sebelum dibawa ke Majlis Tertingi Umno.

Annuar semalam dilihat berada di kediaman Muhyiddin di Kuala Lumpur, namun mengatakan ia hanya lawatan biasa.

Sementara perbincangan hangat berlaku di sebalik tabir, beberapa pemimpin Umno kini tampil menyuarakan rungutan mereka terhadap PN.

Ini termasuk kritikan dari Anggota Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Umno tak puas hati 'bailout' Eco World

Turut menyertai mereka adalah ahli majlis tertinggi Umno, Mohd Razlan Rafii yang mengatakan bahawa Umno tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin.

"Ada banyak keputusan kerajaan yang dia buat tanpa berunding dengan kami (Umno)," kata Mohd Razlan Rafii, yang berkongsi pandangannya atas kapasiti peribadi.

"Dan banyak kesalahan yang dibuat dalam keputusan kerajaan menyebabkan rakyat marah pada parti yang memerintah, termasuk Umno.

"Keputusan-keputusan besar ini seharusnya dibahas bersama. Tetapi sekarang, apa yang kita lihat, banyak darinya dibuat oleh Muhyiddin secara sepihak, atau hanya dengan dua atau tiga yang lain.

"Ini tak seharusnya berlaku kerana kita juga akan dipersalahkan jika buat keputusan tak betul," katanya kepada Malaysiakini.

Naib Ketua Umno Bahagian Seputeh itu memberikan beberapa contoh keputusan kerajaan yang menurutnya dibuat tanpa berbincang dengan Umno.

Di antaranya keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh moratorium pinjaman, dan dakwaan usaha menyelamatkan (bailout) Eco World Development Group oleh UEM Sunrise, yang secara tidak langsung dimiliki oleh Khazanah Nasional.

"Kita mahu moratorium dilanjutkan kerana kita tahu bahawa rakyat menderita (dengan masalah kewangan). Tetapi apabila dia tidak mahu berbuat demikian, kita akan dipersalahkan.

"Dan kemudian bailout oleh UEM Sunrise. Kenapa kita mahu menyelamatkan syarikat ini? Kita perlukan wang untuk menolong rakyat bukan untuk Sunrise (menyelamatkan Eco World)," katanya.

Razlan merujuk kepada rancangan penggabungan antara UEM Sunrise Bhd dan Eco World Development Group Bhd, yang merupakan pemaju swasta.

Rancangan itu mendapat kritikan kerana dikatakan memihak kepada Eco World dan akan menyebabkan UEM Sunrise menanggung kerugian.

Sejak itu UEM Sunrise mengatakan bahawa mereka akan mengkaji semula rancangan penggabungan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS