Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno-PAS setuju daftar MN, Bersatu kena tinggal?
Diterbitkan:  Oct 20, 2020 12:13 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

  • Dikemas kini dengan maklumat daripada ciapan terkini Annuar di Twitter.

Umno dan PAS bersetuju untuk mendaftarkan secara rasmi Muafakat Nasional (MN) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh setiausaha I dan II MN - Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan - dalam kenyataan media bersama sebentar tadi.

Kepimpinan Muafakat Nasional telah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi PRUI5 yang akan datang,” kata mereka.

Keputusan itu diumumkan hari ini walaupun kedua-dua parti menanguhkan mesyuarat jawatankuasa perunding MN malam tadi atas alasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan itu, Annuar dan Takiyuddin bagaimanapun tidak memperincikan maklumat lanjut berkaitan langkah itu.

Bagaimanapun, setakat ini, tidak jelas berkaitan status Bersatu dalam gabungan itu dan sama ada penyertaannya telah dimuktamadkan.

Ogos lalu, Bersatu bersetuju menyertai MN setelah diundang oleh gabungan itu.

 Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bagaimanapun membayangkan MN akan menjadi "gabungan besar” yang mendukung PN - idea yang mendapat tentangan terbuka daripada beberapa pemimpin Umno.

Sementara itu, Annuar dalam ciapan terbaru berkata tidak benar Bersatu ditinggalkan dalam gabungan itu.

"Tidak benar, jangan buat kesimpulan mudah," tulisnya mengulas laporan media berbahasa Inggeris bahawa bersatu dipinggirkan susulan langkah itu.

 Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Umno, PAS dan Bersatu berkaitan perkembangan terbaru ini.

Lihat Komen
ADS