Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
10% kakitangan pengurusan, penyeliaan dibenar kerja di pejabat
Diterbitkan:  Oct 21, 2020 11:51 AM
Dikemaskini: 5:50 AM

Kerajaan menjelaskan lagi pengecualian dari arahan bekerja dari rumah yang diberikan kepada pekerja sektor awam dan swasta bagi kakitangan yang terlibat dalam peranan pengurusan serta penyeliaan

Arahan kerja dari rumah berkuat kuasa untuk kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) iaitu Sabah, Labuan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali berkata bahawa maksimum 10 peratus pekerja pengurusan dan penyeliaan akan dibenarkan bekerja di pejabat.

Ini adalah untuk mereka yang tugasnya meliputi perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT.

Mereka bagaimanapun hanya dibenarkan berada di pejabat selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu.

Azmin berkata syarikat tidak perlu memohon pengecualian, sebaliknya majikan hanya perlu mengeluarkan surat untuk mereka yang dibenarkan bekerja di pejabat selama tempoh PKPB.

"Majikan perlu menetapkan garis panduan BDR (bekerja dari rumah) yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing," tambahnya.

Arahan bekerja dari rumah diumumkan semalam dalam usaha untuk membendung penularan Covid-19 dengan menghadkan bilangan pekerja di kilang dan pejabat.

Kira-kira satu juta pekerja dijangka diarah bekerja dari rumah.

Sementara itu, surat pekeliling dari Jabatan Perkhidmatan Awam memerintahkan ketua jabatan untuk mengehadkan jumlah kakitangan awam persekutuan di pejabat hingga 30 peratus sambil memastikan bahawa perkhidmatan agensi asas kepada orang awam tidak terjejas.

Perkhidmatan penting diberikan pengecualian daripadda arahan ini

.Surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman, menyatakan bahawa sebarang aktiviti seperti mesyuarat, perbincangan dan latihan, mesti dilakukan secara dalam talian.

Ia juga menyatakan bahawa dokumen sulit tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan izin dari ketua jabatan.

Lihat Komen
ADS