Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
732 kes baru, 6 kematian, 102 di ICU
Diterbitkan:  Oct 21, 2020 6:31 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus merekodkan angka yang tinggi dengan sebanyak 732 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Sabah terus merekodkan angka tertinggi dengan 535 kes, dikuti Selangor 114 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20 kes).

Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 7,827 kes, manakala jumlah keseluruhan sebanyak 22,957 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini turut memaklumkan seramai 580 pesakit telah sembuh sepenuhnya.

Sementara itu menurutnya seramai 102 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 199 kes atau 0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya sambil memaklumkan bahawa lima daripada enam kematian adalah dari Sabah.

Satu lagi kematian yang dicatatkan adalah di Labuan.

Bagi kes positif mengikut negeri, selain Sabah yang mencatat bilangan kes terbanyak, Selangor merekodkan 114 kes, Kuala Lumpur (20), Pulau Pinang (12), sementara Negeri Sembilan dan Labuan masing-masing sembilan kes.

Kedah dan Perak pula masing-masing mencatat tujuh kes, Putrajaya (6), Melaka (3), manakala Kelantan dan Pahang masing-masing satu kes.

Mengenai enam kematian baru, Dr Noor Hisham berkata lima direkodkan di Sabah, melibatkan empat rakyat tempatan (tiga lelaki dan seorang wanita) serta seorang lelaki warga asing, yang berusia antara 27 dan 55 tahun.

"Satu kematian lagi melibatkan lelaki warganegara direkodkan di Labuan, berusia 46 tahun yang dirawat di Hospital Labuan dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi,” katanya.

Hingga kini, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di negara ini ialah 199 kes atau 0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, katanya.

Berikut status terkini Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh = 580

Jumlah kes sembuh =14,931 kes

Kes baharu positif = 732

(kes import = 8, kes tempatan = 724)

Jumlah positif = 22,957 kes

Kes kematian = 6

Jumlah kes kematian = 199 kes

Kes dirawat di ICU =102 kes

Bantuan alat pernafasan = 31 kes

 


 

Lihat Komen
ADS