mk-logo
Berita
PKPB: Kerja dari rumah untuk sektor industri, penjawat awam
Diterbitkan:  Oct 21, 2020 6:50 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Hanya industri yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan penjawat awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam yang perlu mengikuti perintah kerja dari rumah untuk kawasan yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Ismail Sabri berkata demikian semasa sidang media hariannya hari ini, hanya enam jam sebelum perintah itu berkuatkuasa.

"Ingin saya jelaskan bahawa sektor lain tidak terlibat dengan arahan-arahan bekerja dari rumah ini, selain daripada sektor industri dan perkhidmatan awam tadi.

"Banyak sektor-sektor lain yang dikategorikan sebagai informal sector, seperti sektor peruncitan, makanan, perladang, pertanian, penjaja, restoran, gerai makan, medan selera, kedai runcit, kedai serbaneka dan lain-lain dibenarkan bekerja seperti biasa mengikut SOP yang ditetapkan.

"Jadi, kedai-kedai lain tu boleh bekerja seperti biasa. Yang melibatkan perkhidmatan perlu bekerja," katanya.

Menjelaskan lanjut, Ismail berkata penjawat awam yang bekerja dalam perkhidmatan penting dan kritikal dikecualikan arahan bekerja dari rumah itu.

Semalam Ismail memaklumkan, sidang khas Majlis Kerselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, memutuskan bahawa semua pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta di bahagian pengurusan dan pengawasan di kawasan PKPB tidak lagi dibenarkan ke pejabat.

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS