Malaysiakini
BERITA

Obama gesa rakyat Amerika keluar beramai-ramai undi Biden

Bernama

Diterbitkan

GLOBAL | Pengundi Amerika Syarikat perlu keluar seramai mungkin untuk memastikan calon presiden Demokrat Joe Biden mencatat kemenangan besar sehingga tidak mampu dicabar Presiden Donald Trump, seru bekas presiden Barack Obama pada perhimpunan di Philadelphia, Pennsylvania, satu daripada kawasan panas pengundian itu.

"Kita perlu lebih ramai keluar mengundi tidak seperti sebelum ini... kita tidak boleh membiarkan wujud sebarang keraguan dalam pilihan raya ini. Kita tidak boleh mempunyai sebarang keraguan...

"Saya tidak kisah mengenai undi. Ramai yang selesa duduk di rumah dan malas serta berasa selesa (seperti pada 2016). Tapi kali ini tidak boleh," kata Obama pada Rabu.

Obama mengingatkan pengundi mengenai kekalahan mengejut calon Demokrat, Hillary Clinton di tangan Trump pada pilihan raya presiden 2016 dan mendakwa sebahagiannya berpunca kerana ramai pengundi berasa amat yakin terhadap kemenangan Clinton, menyaksikan kadar undi Demokrat amat rendah terutama di lokasi panas, lapor agensi berita Sputnik.

Ini adalah ucapan sulung bekas presiden selama dua penggal, dalam kancah pilihan raya presiden kali ini, dua minggu sebelum hari pemilihan pada 3 November.

Pennsylvania dianggap lokasi panas dan keputusan di negeri ini boleh menentukan keputusan pilihan raya.

Biden, dilahirkan di Scranton, Pennsylvania, menyaksikan Trump semakin ketinggalan di negeri itu, di mana bekas naib presiden itu kini di depan dengan 4.9 peratus, menurut purata dapatan soal selidik Realclearpolitics.com pada pagi Rabu.

- Bernama 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan