Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno tangguh perhimpunan agung
Diterbitkan:  Oct 22, 2020 5:32 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Umno sekali lagi memutuskan untuk menangguhkan semua mesyuarat perwakilan bahagian dan Perhimpunan Agung Umno (AGM) tahun ini kepada pertengahan tahun depan.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, hal itu telah dipersetujui sebulat suara oleh jawatankuasa pengurusan Umno dan telah mendapat persetujuan majoriti daripada ahli-ahli majlis kerja tertinggi parti melalui resolusi secara edaran.

“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat perwakilan Umno bahagian dan perhimpunan agung Umno ditangguhkan kerana wabak Covid-19.

“[...] Penangguhan ini melibatkan sekitar 764 persidangan iaitu 4 mesyuarat perwakilan untuk setiap 191 Umno bahagian di seluruh negara.

“Oleh kerana begitu banyak perhimpunan yang melibatkan puluhan ribu orang, ia kemungkinan berupaya untuk merebakkan wabak Covid-19,” katanya.

Ahmad berkata, menurut fasal perlembagaan parti, perhimpunan agung tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun, dan tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh perhimpunan agung sebelumnya.

“Tarikh perhimpunan agung Umno 2019 ialah pada 6 dan 7 Dis 2019. Maka 18 bulan selepas itu ialah selewatnya pada 5 Jun 2021.

“Oleh itu dipersetujui bahawa tarikh mesyuarat perwakilan bahagian ialah pada Mac atau April 2021 dan perhimpunan agung 2020 pada Mei atau awal Jun 2021.

"Tarikh yang tepat akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Lihat Komen
ADS