Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Masjid, surau di PP disaran ringkaskan aktiviti keagamaan

Aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Pulau Pinang disaran diringkaskan bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan jemaah dan ahli kariah, kata Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Dia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti negeri, berkata kerajaan sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) berhubung kehadiran jemaah ke masjid dan surau.

"Kerajaan negeri sedang memikirkan untuk meningkatkan SOP sedia ada malah kebenaran untuk hadir ke masjid mungkin kita akan pendekkan waktu berjemaah iaitu dengan memendekkan atau meringkaskan (sebarang bentuk aktiviti)," katanya.

Ahmad Zakiyuddin bercakap kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama guru dan penyelia kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) di Butterworth hari ini.

Bagaimanapun, katanya setakat ini tiada keperluan untuk menutup masjid dan surau di Pulau Pinang kecuali di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Terdahulu, Ahmad Zakiyuddin mengumumkan Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengagihkan sebanyak RM3.015 juta elaun tambahan kepada guru yang terlibat dalam program Kafa di negeri itu.

“Peruntukan yang disediakan ZPP adalah melalui dana bantuan agihan fi sabilillah,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS