Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jabatan Meteorologi keluarkan notis taufan Saudel

Taufan Saudel kini berada kira-kira 622 kilometer (km) ke barat laut Manila, Filipina dan sedang bergerak dengan kelajuan maksimum 130km sejam.

Selaras dengan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan itu dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Berdasarkan pencerapan 11 malam semalam, MetMalaysia menyatakan jarak taufan itu kira-kira 1,164 km ke barat laut Kudat, Sabah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS